KL Gangster 2 2012

KL Gangster 2 Prequel menjadi filem yang sangat ditunggu-tunggu pada tahun 2012. Setelah Filem KL Gangster yang lepas berjaya menarik ramai penonton untuk datang ke pawagam, nampaknya Penerbit Filem KL Gangster, Datuk Yusof Haslam percaya dengan kebolehan anaknya Syamsul Yusof untuk mengarahkan filem seterusnya iaitu KL Gangster 2 Prequel.



Kali ini bajet yang diperuntukkan untuk filem KL Gangster 2 lebih banyak berbanding KL Gangster 1 iaitu RM 3 juta berbanding sebelum ini hanya RM2 juta. Mungkin disebabkan kejayaan membanggakan yang diraih oleh anaknya, Syamsul, menyebabkan Datuk Yusof Haslam tidak teragak-agak untuk mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk dilaburkan dalam filem KL Gangster 2. Setakat ini, Syamsul sudah meraih 2 anugerah Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia dan beberapa anugerah filem lain seperti Anugerah Filem Blockbuster. Pastinya keuntungan yang bakal diraih akan berlipat kali ganda kerana filem KL Gangster 2 Prequel sangat ditunggu-tunggu oleh para peminat.

Sementara itu, dalam Filem KL Gangster 2 Prequel ini, ada beberapa watak baru akan dimasukkan antara yang menjadi tumpuan ialah Rosham Noor yang akan melakonkan watak Don. Siapa kata Rosham Noor tak boleh berlakon filem aksi di waktu umurnya yang telah meningkat naik. Walaupun umurnya kini 44 tahun, tetapi tubuh badannya masih mampu untuk melakonkan aksi lasak dan mencabar.  Watak-watak lain dikekalkan seperti watak dalam filem KL Gangster 1 yang lepas. Pastinya filem ini akan lebih menarik dengan jalan ceritanya yang semakin berkembang. Jangan lupa tonton Filem KL Gangster 2 Prequel yang mungkin bakal ditayangkan tahun ini juga.




  • Aaron Aziz sebagai Malik
  • Syamsul Yusof sebagai Shark
  • Rosyam Noor sebagai Don (Watak baru)
  • Zizan Rajalawak sebagai Fadil
  • Adam Corrie sebagai Dragon
  • Adi Putra sebagai Malek
  • Ridzuan Hashim sebagai King
  • Soffi Jikan Sebagai Ajib
  • Sheera Iskandar sebagai Zati
  • Ku Faridah sebagai Ibu kepada Malek, Jai dan Zati



Sinopsis Filem KL Gangster 2

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Adi Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu. Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu(Ku Faridah)mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Lagi memilukan apabila adik beliau, Shera telah diperkosa.

Sementara itu,Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram. Segala tindak tandukTailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatanTailong. Pada masa yang sama, King(Riduan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkanTailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar. Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan mereka telah dihalau dari rumah.

King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Beliau merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara 2 kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam terhadap Tailong untuk ayahnya?Berjayakah King dan Shark mendominasi seluruh kawasan di KL?Apakah kesudahan nasib Malek, Jai dan Ibunya?

Gambar Kl Gengster 2



















Ulasan